Jerman Nazi Kriminalpolizei

KriPo
Kriminalpolizei
Kripo semasa pemerintahan Reich Ketiga berada dibawah kawalan SS.
Gambaran keseluruhan
DibentukTahun 1872
Agensi terdahulu
  • Kriminalpolizei
Agensi yang mengambil alih
JenisPolis Jenayah
Di bawah bidang kuasa Jerman Nazi
Taklukan Eropah
Ibu pejabatRSHA, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin
52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E / 52.50722; 13.38250
Kakitangan12,792 anggota pada Februari 1944[2]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Polis Jenayah
Agensi induk Sicherheitspolizei
RSHA
Allgemeine SS

Selepas Adolf Hitler mengambil alih kuasa pada Januari 1933, pihak Nazi memulakan program "penyelarasan" semua aspek kehidupan Jerman, untuk mengukuhkan cengkaman kuasa Parti Nazi.[3] Pada Julai 1936, jabatan siasatan jenayah pusat Prusia (Landeskriminalpolizeiamt) menjadi jabatan siasatan jenayah pusat bagi Jerman, iaitu Reichskriminalpolizeiamt. Ia telah digabungkan, bersama dengan polis rahsia negara, Geheime Staatspolizei atau Gestapo kedalam Sicherheitspolizei (SiPo) yang mempunyai pejabat pemerintahan pusat yang dikenali sebagai Hauptamt Sicherheitspolizei.[4] Pada ketika itu, Reinhard Heydrich adalah orang yang berkuasa penuh keatas SiPo, pejabat pemerintahan pusatnya, Hauptamt Sicherheitspolizei dan Sicherheitsdienst (SD).[4][5] Nebe telah dilantik ketua Reichskriminalpolizeiamt, dan melapor kepada Heydrich.[1]

Pada September 1939, Reichssicherheitshauptamt (Pejabat Keselamatan Utama Reich; RSHA) telah ditubuhkan sebagai pusat kawalan bagi pelbagai jabatan siasatan negeri dan agensi keselamatan.[1] Hauptamt Sicherheitspolizei secara rasminya dibubarkan dan jabatan-jabatannya diserapkan kedalam RSHA. Reichskriminalpolizeiamt menjadi Amt V (Jabatan 5), Kriminalpolizei (Polis Jenayah) dalam RSHA.[6] Ia telah diperintah oleh Arthur Nebe sehingga 1944, apabila beliau telah diburukkan dan dihukum mati kerana terlibat dalam plot 20 Julai untuk membunuh Hitler. Pada tahun terakhir kewujudannya, Amt V telah diarah oleh Friedrich Panzinger yang melapor terus kepada Ernst Kaltenbrunner, ketua RSHA selepas pembunuhan Heydrich pada tahun 1942.[6]

Kriminalpolizei kebanyakkannya detektif berpakaian biasa, bekerja bersama dengan Ordnungspolizei, cawangan polis beruniform dan agensi lain seperti Geheime Feldpolizei. Arahan-arahan polisi datang dari SS-Hauptamt. Kripo telah disusun mengikut sistem hierarki, dengan pejabat-pejabat pusat di semua bandar dan kota kecil. Seterusnya, menjawab kepada ibupejabat di kota Jerman yang lebih besar yang kemudian melapor pula kepada Pejabat Pusat Kriminalpolizei, iaitu jabatan RSHA.

Kriminalpolizei menyiasat sepenuhnya jenayah berat seperti rogol, pembunuhan dan pembakaran sengaja. Kawasan utama kumpulan juga ialah menumpukan siasatan pada "pencerobohan waktu gelap," dianggap satu masalah serius ketika pengeboman udara apabila penjenayah menyerang rumah-rumah yang ditinggalkan, kedai dan kilang-kilang untuk mendapatkan barangan berharga. Kripo juga adalah salah satu sumber tenaga manusia untuk mengisi kedudukan Einsatzgruppen dan beberapa komander senior Kripo, Arthur Nebe antaranya, telah ditugaskan sebagai komander Einsatzgruppen.

Sebagai sebahagian daripada doktrin-doktrin Nazi terhadap jenayah dan kaum, Rassenhygienische und Bevolkerungsbiologische Forschungsstelle (Bahasa Inggeris: Unit Kajian Kesihatan Kaum dan Biologi Demografik) dikepalai oleh pakar sakit jiwa Nazi Dr. Robert Ritter, telah ditugaskan ke Kriminalpolizei. Peranannya ialah mencipta profil perkauman bukan aryan, terutamanya, orang Romani. Kedua-dua Gestapo dan Kripo menundakan polisi dan garis panduan mereka ke jabatan Biologi Jenayah tentang bagaimana untuk berurusan dengan kaum Gipsi.[7] Kripo membantu dalam mengusir orang Roma dan pemindahan mereka ke kem tahanan dan kem penghapusan.

Lihat juga: Porajmos